Khamis, 3 Mei 2012

CABARAN DALAM MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Penggunaan teknologi pada masa kini dianggap sebagai suatu kemestian dalam memudahkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pendidikan sudah tentu akan melibatkan pengintegrasian teknologi seperti CD-ROM, pangkalan data, multimedia dan internet. Perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kredibiliti kaum guru. Guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu pengetahuan.
Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudah cara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai "guru" menerusi pembelajaran menggunakan internet. Di sini letaknya menjadi peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran. Perubahan peranan guru memerlukan guru-guru dilatih dan didedahkan dengan kemahiran baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan di sekolah.
Kekurangan infrastruktur sekolah juga merupakan salah satu masalah dalam membudayakan penggunaan internet dalam kalangan pelajar. Permasalahan ini dapat dilihat apabila terdapat Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik hingga menjejaskan pembekalan kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P & P.  Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa.  Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrik perlu dinaik taraf kepada tiga fasa. Selain itu, hanya terdapat beberapa komputer sahaja dalam sesebuah makmal komputer di sekolah. Jumlah komputer yang sedikit ini tidak mampu menampung jumlah pelajar dalam sesebuah sekolah.
Pendedahan pelajar luar bandar kepada penggunaan internet ini mampu mendedahkan mereka dengan pelbagai maklumat yang berguna. Para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan serta tidak ketinggalan berkenaan isu-isu semasa. Namun, kegagalan dalam mengawal  penggunaan internet ini juga mampu mendedahkan mereka dengan perkara-perkara negatif yang memberi kesan kepada moral dan tingkah laku mereka.

Secara keseluruhannya, kemajuan teknologi maklumat di Malaysia telah mengalami perkembangan yang positif. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat ini iaitu masalah etika penggunaan teknologi maklumat. Menguatkuasakan undang-undang semata-mata bukan penyelesaiannya. Apa yang lebih penting ialah kesedaran setiap individu terhadap tanggungjawab menguruskan alam ini dengan penuh bijaksana dan berhemah. Bidang pendidikan didapati terlibat secara langsung dalam menanamkan kesedaran ini di samping sokongan daripada pihak-pihak berwajib yang lain.

Saranan.
1.      Peruntukan dari Kerajaan
Untuk mengatasi masalah kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak kerajaan perlu campur tangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membolehkan sekolah terbabit dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.
2.      Mempertingkatkan latihan kepada guru.
Ini adalah untuk menyediakan guru yang berkemahiran serta bersedia menghadapi perkembangan teknologi maklumat yang terkini. Sekiranya semua guru berkemahiran maka sudah pasti sistem pembelajaran di sekolah akan lebih menarik dan berkesan.  Pihak sekolah perlu mengambil inisiatif memajukan profesion perguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah dapat menerima pembaharuan dan kemajuan dalam kerjaya profesion perguruan.
3.      Didikan awal
Didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni adalah penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.
4.      Jurang ICT dan Digital
Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Perluasan penggunaan ini bertujuan memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah dari kemajuan ICT ini. Oleh itu. Usaha perlu dipergiatkan untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar.
5.      Membudayakan Masyarakat
Masyarakat perlu dibudayakan dengan pendedahan kepada teknologi komputer. Inisiatif ini perlu diambil oleh setiap individu itu sendiri. Setiap individu hendaklah cuba mempertingkatkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran terkini. Malah membudayakan masyarakat dengan literasi komputer akan menjadi lebih mudah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dan kerjasama yang serius.


Gambar projek individu..

BAKUL SAMPAH DARI KERTAS.













Khamis, 8 Disember 2011

Gambar Teknologi

 TELEFON PINTAR.




Teknologi Nokia 888 ini merupakan sebuah rekaan bertujuan memudahkan aktiviti kehidupan dengan terutamanya bagi golongan remaja yang gemarkan alat komunikasi yang fleksibel ini. Teknologi yang digunakan di dalam Nokia 888 ini adalah bateri cair, pengenalan suara dengan layar sentuh yang fleksibel dan sesuai di gunakan dalam apa jua keadaan sekali pun. Ia mudah digunakan, ringan, fleksibel dan senang dibawa ke mana sahaja kerana ia mudah untuk dibengkokkan, untuk dipakai di pergelangan tangan, digulung dan dimasukkan  ke dalam kain seperti klip jika tidak ingin menggunakannya di pergelangan tangan.

TETIKUS BAHARU.


                                  



Tetikus INI dikenali sebagai  sebagai Blue Track. Kelak, teknologi ini akan menggantikan mouse laser mahupun optical. Teknologi ini juga memakai led biru yang dikombinasikan dengan lensa wide-angle. LED biru ini mampu membuat mouse ini telihat lebih cantik dan menawan. Teknologi ini mempunyai kemampuan tracking yang lebih baik daripada mouse laser dan mouse optical biasa pada permukaan yang tidak biasa dipakai pada mouse laser.

SAJADAH 1426(BERLAMPU)
Sajadah kreatif dari designer Turki, Soner Özenç, ini akan menyala lebih terang pada saat sejadah tersebut menghadap tepat ke Mekah atau kiblat. Sajadah kreatif dari designer Turki, Soner Özenç, ini akan menyala lebih terang pada saat sejadah tersebut menghadap tepat ke Mekah atau kiblat. Sejadah 1426 dibuat menggunakan teknologi percetakan fosforus electroluminescent yang membenarkan ia untuk mempamerkan grafik pelbagai corak secara langsung dipermukaan.  Sejadah 1426 di1426 ialah tahun kalendar Islam yang bersamaan dengan tahun 2005.
Sebuah kompas tertanam membuatkan sejadah tersebut akan menyala dengan lebih terang dan jelas apabila menghadap tepat ke arah kiblat dan ini akan memudahkan pengguna-pengguna dalam menentukan arah kiblat untuk bersolat walaupun dimana–mana. Terdapat butang MODE ON/OFF untuk menghidupkan atau untuk mengaktifkan fungsi kompas.
*Terdapat 3 versi sejadah 1426 iaitu :
      1. Sejadah 1426 yang menggunakan bateri yang disokong dengan fungsi
          kompas.
      2. Sejadah 1426 hanya menggunakan fungsi kompas
      3. Sejadah 1426 yang menggunakan tenaga elektrik tanpa fungsi kompas

CHARGER POKOK BONSAI
 

Karya Vivien Muller, pereka dari Perancis ini mampu mengubah paradigma, bahawa teknologi hari ini harus berdesign futuristik atau moden. Charger serbaguna dengan memanfaatkan tenaga suria ini berbentuk seperti sebuah pohon bonsai, lengkap dengan potnya. Bonsai ini memiliki 54 lembar daun yang merupakan panel suria atau panel foto-elektrik, yang menyerap tenaga cahaya dan disimpan dalam bateri dalaman semasa waktu siang dan kemudiannya boleh digunakan untuk mengecas alat-alat pada waktu malam.
Pokok Bonsai ini disukai oleh orang timur untuk menghias atau mendekorasi tempat tinggal mereka. Pokok Bonsai ini menyembunyikan semua wayar-wayarnya dan palam dibawah dulangnya. Tambahan pula, pokok Bonsai ini bersifat fleksibel iaitu setiap cabang pada pokok itu boleh dilepaskan atau dicabut dan disesuaikan dengan ruangan yang lebih kecil seperti meletakan diatas meja belajar atau meja kerja.
Pokok Bonsai ini lebih kurang seperti Lego yang mana setiap bahagian boleh diputarkan atau dimainkan untuk menghasilkan pelbagai bentuk yang sesuai dengan keperluan  dan bagi memenuhi  ruang yang anda miliki.

PENA DIGITAL AL-QURAN.
























Dalam usaha bagi mempermudah belajar Al-Quran, Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta telah melancarkan sebuah produk baru berupa pena digital. Hanya dengan menyentuhkan pena tersebut pada ayat-ayat dalam mushaf yang dilengkapi dengan plastik mika khusus, secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Rektor Institut Ilmu Al-Quran KH Ahsin Sakho Muhammad di stand IIQ ketika mempamerkan produk baru itu di pameran MTQN XXII Kota Serang, Banten, mengatakan bahawa, pena digital itu lebih efektif jika dibandingkan dengan kaset atau CD. Jika menggunakan kaedah biasa seperti menggunakan kaset dan CD atau belajar dengan guru, teknologi ini dikatakan lebih mudah kerana pengguna mampu belajar sendiri. Teknologi  ini lengkap dengan tajwid dan 7 lagu. Ketika pen tersebut disentuhkan dalam mushaf, dengan secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Dalam rakaman pena digital tersebut, ada tujuh lagu yang dilantunkan oleh qari Muammar ZA danqoriah Maria Ulfah, lengkap dengan tajwid yang sudah diuji oleh pentashih dari pihak studio dan pentadbiran Agama.

       AQUA SUBMERSIBLE WATERCRAFT.




Pereka di Korea iaitu Sungchul Yang and Woonghee Han berfikir bahawa pada masa hadapan manusia akan hidup di dunia air dalam waktu yang tidak terlalu lama lagi. Oleh itu, mereka menciptakan Aqua ini yang mempunyai konsep kapal selam mini untuk kegunaan seorang di mana ia dapat berfungsi seperti motor boat dan juga dapat menyelam seperti kapal selam. Bentuknya yang seperti ikan lumba-lumba ini pernah memenangi 2008 Silver Idea Design Award. Hal ini dapat membuktikan  bahawa kedua mahasiswa dari University of Seoul ini telah melakukan hal yang hebat. Tidak dinyatakan mengenai sumber tenaga dari kendaraan ini, namun kita berharap kita telah berhasil menciptakan kapal selam lebih bertenaga listrik


 KASUT DENGAN PEMANAS (USB HEATING SHOES)





























Spesifikasi kasut pemanasan USB ini ialah:
Didatangkan dengan satu pemanas kaki berasingan. Pemanasan pad yang menghasilkan panas dengan menggunakan port USB atau External Power (3x AA bateri untuk setiap kotak). Berupaya dan mampu menguasai atau mengendalikan suhu. Pemanasan boleh laras iaitu tinggi atau rendah. Mempunyai kabel dengan panjang 120cm. Ideal untuk nyahfroskan kaki  semasa musim sejuk. Satu kelebihan kasut ini adalah kasut ini dikuasakan oleh bateri-bateri sekiranya mahu  berjalan tanpa menggunakan wayar USB yang bertalian dengan komputer riba.




Dash Cam Dually sendiri adalah peranti kamera kembar dengan kemudahan pengesanan GPS dan fungsi mengesan kelajuan. Alat ini mempunyai dua kamera 1.3 megapiksel built-in untuk menangkap situasi di depan kereta anda dan juga apa yang berlaku di dalam kereta anda. Alat ini dilengkapi dengan 4 (empat) LED untuk menerangi bahagian dalam kenderaan semasa turun video pada malam hari. Hebatnya lagi, Dash Cam Dually ini dilengkapi dengan ciri-ciri built-in GPS receiver yang mencatat lokasi, kelajuan, dan arah Kenderaan anda saat itu. Terdapat pula built-in G-Shock sensor yang akan merasakan perubahan drastik dalam g-force, dan secara automatik terdata dalam sebuah rakaman.Dan rakaman yang ada akan disimpan dalam SD card dengan kemampuan SD Card Reader yang telah disediakan. Selain itu, peranti ini juga boleh diintegrasikan dengan kewujudan Google Map.



ENERGY SEEDS



Bateri lama yang tidak dipakai boleh dikitar semula dengan produk ini.Dengan hanya membuang bateri ke tempat yang sepatutnya iaitu sebuah bekas kitar semula yang dipasang dengan lampu. Produk ini direkabentuk supaya dapat mengitar semula bateri yang lama dengan menggunakan baki tenaga yang terdapat pada bateri ini untuk menyalakan lampu ini. Dengan yang demikian produk ini boleh digunakan sebagai lampu jalan. Lampu berbentuk seperti cincin ini menggunakan LED. LED hanya menggunakan 2V untuk dinyalakan dan baki kuasa pada bateri lama mempunyai kira-kira 0.8V hingga 1.3V. Oleh itu dengan mudah bateri lama ini mampu menjanakan kuasa untuk lampu jalan ini.